Cara buat website dan laman web guna notepad: Tutorial 1
Salam, Anda teringin buat website sendiri dan belajar coding sendiri? Jom kita belajar cara nak buat website atau laman web menggunakan notepad dan google chrome sahaja. YA! Notepad dan Google Chrome sahaja Dalam tutorial ni adalah basic. Tetapi sangat mudah difahami untuk yang betul-betul zero mengenai coding atau programming. Sesiapa yang teringin nak belajar coding di Malaysia ni boleh lah ikut tutorial ni. Kadang kala coding basic macam ini pun penting kita tahu untuk kita siapkan assignment dalam bidang IT. Jom kita lihat tutorial belajar mengenai coding html dan css untuk buat website di atas tadi. Anda boleh juga tonton video tutorial pendek yang lebih mudah faham di sini: Tutorial PART 1 Penerangan PENERANGAN (PART 1): Untuk permulaan belajar coding ini, kita cuba fahamkan dulu cara nak bina website dari hanya sekadar ‘tulisan(coding)’ kepada ‘paparan(website interface)’. 1) Mula-mula buka aplikasi notepad dan tuliskan <!DOCTYPE html>. Ini adalah bertujuan supaya Goo...