Kenapa Perlu Buat Akaun Syarikat?

Salam.

Kenapa perlu kita menyediakan akaun syarikat? Lebih-lebih lagi syarikat sdn bhd... Ini kerana salah satu requirement bagi syarikat sendirian berhad adalah untuk menghantar akaun tahunan yang telah diaudit bersama dengan 'annual return' ke SSM setiap tahun.

Jadi, sebelum akaun syarikat sdn bhd anda boleh diaudit, anda perlulah terlebih dahulu menyediakan akaun tahunan syarikat. Jika tiada akaun yang disediakan, auditor nak cek apa pulak kan?? Jadi, di bawah ini beberapa sebab kenapa anda perlu menyediakan akaun syarikat.


Sebab anda perlu buat akaun syarikat

1) Mengikut Akta 'Companies Act 2016' (Untuk Syarikat Sdn Bhd)

Antara 3 perkara yang wajib dihantar oleh syarikat setiap tahun adalah:


    • Syarikat perlu mengadakan Annual Grand Meeting (AGM) dan menghantar "annual return' bersama-sama dengan 'audited account' ke SSM Malaysia.
    • Syarikat juga perlu menghantar Form E ke LHDN berkenaan maklumat pekerja sepanjang tahun.
    • Syarikat juga perlu memfailkan 'Income Tax Return' (Form C) ke LHDN.

2) Mengawal selia pencapaian syarikat sepanjang tahun dan memastikan keadaan kewangan syarikat berada dalam keadaan yang stabil

Kebiasannaya usahawan kecil tidak membuat langsung akaun bagi bisnes yang dijalankan. Lagi-lagi jika menjalankan bisnes atas nama syarikat Enterprise. Dari segi undang-undang, tiada salahnya jika anda membuka syarikat Enterprise tetapi tidak menyediakan akaun syarikat. 

Walaubagaimanapun, untuk kelangsungan dan kemajuan syarikat, seeloknya akaun syarikat disediakan bagi mengenalpasti kelemahan dan memastikan aliran tunai bisnes dalam keadaan baik walaupun anda masih lagi tidak menubuhkan syarikat sdn bhd. 


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Gaji Kena Cukai (Income Tax)?

Cara buat website dan laman web guna notepad: Tutorial 1

How It Starts? (English)