Berapa Gaji Kena Cukai (Income Tax)?
Salam,
Mungkin ada di antara anda tertanya-tanya berapa kah tangga gaji yang diwajibkan untuk membayar cukai ke LHDN. Adakah seorang fresh graduate yang bergaji RM 2,000 akan dikenakan cukai atau 'income tax' ini?
Berdasarkan maklumat terbaru dari laman web LHDN, berkuatkuasa tahun 2015 seseorang individu yang mempunyai gaji tahunan sebanyak RM 34,000 dan ke atas (setelah ditolak EPF) perlu memfailkan fail cukai pendapatan ke LHDN.
RM 34,000 setahun bersamaan ( RM 2,834 x 12 bulan)
Jadi adakah jika anda bergaji bulanan RM2,834 akan dikenakan cukai?
Jawapannya TIDAK.
RM 2,833.76 x 12 bulan = RM 34,005.12
Jadi jika anda bergaji RM3,184 sebulan, maka anda akan dikenakan cukai ke atas pendapatan anda.
Adakah anda perlu membuat potongan gaji melalui PCB atau STD sekiranya mencapai tangga gaji minimum?
Rujuk : Jadual PCB 2018
Di bawah ini contoh jadual PCB bagi muka surat pertama:
Merujuk kepada jadual PCB di atas, jika gaji seorang bujang sebanyak RM 3,141 sebulan, maka akan bermulanya penolakan gajinya ke dalam skim Potongan Cukai Bulanan (PCB) ni. Amaun yang akan ditolak adalah sebanyak RM 1.00 dan akan meningkat mengikut tangga gaji.
Sebagai kesimpulan daripada jadual di atas.
1) Bujang
Gaji mula dikenakan PCB : RM 3,141
Amaun yang ditolak: RM 1.00
2) Pasangan yang salah seorang sahaja suami/isteri bekerja
Gaji mula dikenakan PCB: RM 4,001
Amaun yang ditolak: RM 50.40
3) Pasangan yang keduanya suami/isteri bekerja
Gaji mula dikenakan PCB: RM 3,141
Amaun yang ditolak: RM 1.00
Jadi, boleh dilihat pasangan yang salah seorang sahaja suami atau isteri bekerja hanya akan ditolak amaun gaji ke dalam PCB setelah gajinya mencapai RM 4,001 sebulan. Jika pasangan yang mempunyai anak, maka paras tangga gaji yang akan dikenakan PCB juga akan meningkat mengikut jumlah anak. Anda boleh rujuk pada link Jadual PCB 2018 yang saya kongsikan di atas tadi untuk mengetahui jumlah PCB yang dikenakan bersesuaian dengan status anda.
Sekian.

Jom kita kira..
RM 34,000 setahun bersamaan ( RM 2,834 x 12 bulan)
Jadi adakah jika anda bergaji bulanan RM2,834 akan dikenakan cukai?
Jawapannya TIDAK.
RM 2,834 adalah gaji bersih setelah ditolak EPF.
RM 3,184 adalah gaji pokok minimum yang akan dikenakan cukai pendapatan.
RM 3,184 adalah gaji pokok minimum yang akan dikenakan cukai pendapatan.
Gaji pokok = RM 3,184.00
Tolakan EPF (11%) = (RM 350.24)
Gaji Bersih = RM 2,833.76
Tolakan EPF (11%) = (RM 350.24)
Gaji Bersih = RM 2,833.76
RM 2,833.76 x 12 bulan = RM 34,005.12
Jadi jika anda bergaji RM3,184 sebulan, maka anda akan dikenakan cukai ke atas pendapatan anda.
Adakah anda perlu membuat potongan gaji melalui PCB atau STD sekiranya mencapai tangga gaji minimum?
Bagi potongan PCB atau STD akan dirujuk kepada jadual PCB yang dikeluarkan oleh LHDN. Setiap individu akan berbeza potongan PCB bergantung kepada jumlah gaji, status perkhawinan, bilangan anak dan status suami/isteri sama ada bekerja atau tidak.
Tidak semestinya sebaik sahaja gaji tahunan anda mencapai RM 3,184 ke atas, gaji anda akan ditolak terus melalui PCB. Jika anda mempunyai seorang anak, kemungkinan anda tidak perlu menolak PCB dari gaji pokok anda.
Rujuk : Jadual PCB 2018
Di bawah ini contoh jadual PCB bagi muka surat pertama:
Jadual PCB bagi bujang dan pasangan yang salah seorang sahaja bekerja |
Jadual PCB bagi pasangan yang keduanya bekerja |
Merujuk kepada jadual PCB di atas, jika gaji seorang bujang sebanyak RM 3,141 sebulan, maka akan bermulanya penolakan gajinya ke dalam skim Potongan Cukai Bulanan (PCB) ni. Amaun yang akan ditolak adalah sebanyak RM 1.00 dan akan meningkat mengikut tangga gaji.
Sebagai kesimpulan daripada jadual di atas.
1) Bujang
Gaji mula dikenakan PCB : RM 3,141
Amaun yang ditolak: RM 1.00
2) Pasangan yang salah seorang sahaja suami/isteri bekerja
Gaji mula dikenakan PCB: RM 4,001
Amaun yang ditolak: RM 50.40
3) Pasangan yang keduanya suami/isteri bekerja
Gaji mula dikenakan PCB: RM 3,141
Amaun yang ditolak: RM 1.00
Jadi, boleh dilihat pasangan yang salah seorang sahaja suami atau isteri bekerja hanya akan ditolak amaun gaji ke dalam PCB setelah gajinya mencapai RM 4,001 sebulan. Jika pasangan yang mempunyai anak, maka paras tangga gaji yang akan dikenakan PCB juga akan meningkat mengikut jumlah anak. Anda boleh rujuk pada link Jadual PCB 2018 yang saya kongsikan di atas tadi untuk mengetahui jumlah PCB yang dikenakan bersesuaian dengan status anda.
Sekian.
Terima kasih tuan. Jika tuan tak keberatan bleh ajar lagi tentang bagaimana ingin mulakan syarikag enterprise dan cara daftar utk cukak enterprise. Harap tuan dpt post lebih byk ilmu
ReplyDeleteEmail sy johanjamil8@gmail.com
ReplyDeleteGaji pokok mmg ngam ngam 3100 ..tiada elaun & kenaikan tahunan. Anak 3org bersekolah, isteri bekerja. Wajib bayar cukai LHDN?
ReplyDeletewajib isytiharkan pendapatan, lepas buat tolak pelepasan tak perlu bayar pun.
Deletemmg bg seorang yg tidak dikenakan cukai xperlu efiling. tp ade jgk yg menasihatkan utk buat jgk walaupon tidak perlu byr cukai. jd mana yg lebih baik?boleh email sy mdnoormainuri@gmail.com
ReplyDeleteSy gaji rm3050, tapi ade keje sendiri (part time) tiada slip gaji, (rm2500) sy biasanye masukan semue wang sebulan dlm Bank, adekah sy perlu byr tax?
ReplyDeleteSalam,saya nak tanya saya dan isteri tidak bekerja tapi saya menguruskan rumah sewa kami peningalan arwah ayah..total kami dapat setiap bulan dalam 6500..saya ada anak 1 orang bawah 4 tahun..kereta hutang bank setiap bulan 2000..angaran pakai belanja total semua angaran 4500..jadi berapa ya kalau saya nak declare income tax?
ReplyDeletePergi tanya di pejabat hasil dalam negeri
Deletependapatan hasil dari rumah sewa kategori pendapatan yang dikenakan cukai. Boleh declare dan bayar cukai. Kalau nak tau cara kurangkan cukai boleh whatsapp saya 016-7916062
Deleteupdate tuan utk tahun 2020 ni berape minimum gaji yg kene cukai
ReplyDeletePetikan dari website:
ReplyDelete" Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. "
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=2
(website terakhir kemas kini pada 2020-12-21 jam 09:38:22)
salam.. saya nk tnya mcm mna cara utk register e pcb? adakah saya perlu dftr di edaftar utk dptkan no rujukan tax, dan slpas tu ke epcb utk register tmbh pkerja? klau tak keberatan boleh tak share utk saya ? hrap dpt pencerahan.. boleh emel ke ainaaziz100@gmail.com
ReplyDeleteHai. Saya gaji x cecah rm2000 kena buat/daftar efilling ke? Mohon emailkan ke bellamiamor1992@gmail.com. terima kasih.
ReplyDeleteGaji$10,000 kahwin satu anak
ReplyDeleteIsteri tak kerja