Cara buat website dan laman web guna notepad: Tutorial 1

Salam,

Anda teringin buat website sendiri dan belajar coding sendiri? Jom kita belajar cara nak buat website atau laman web menggunakan notepad dan google chrome sahaja. 

YA!

Notepad dan Google Chrome sahaja

Dalam tutorial ni adalah basic. Tetapi sangat mudah difahami untuk yang betul-betul zero mengenai coding atau programming. Sesiapa yang teringin nak belajar coding di Malaysia ni boleh lah ikut tutorial ni.

Kadang kala coding basic macam ini pun penting kita tahu untuk kita siapkan assignment dalam bidang IT.

Jom kita lihat tutorial belajar mengenai coding html dan css untuk buat website di atas tadi.


Anda boleh juga tonton video tutorial pendek yang lebih mudah faham di sini:

Tutorial PART 1


Penerangan


PENERANGAN (PART 1):


Untuk permulaan belajar coding ini, kita cuba fahamkan dulu cara nak bina website dari hanya sekadar ‘tulisan(coding)’ kepada ‘paparan(website interface)’.

1) Mula-mula buka aplikasi notepad dan tuliskan <!DOCTYPE html>. Ini adalah bertujuan supaya Google Chrome(Web Browser) faham bahasa yang kita sedang gunakan.

2) HTML ini adalah bahasa yang sering digunakan untuk membangunkan website atau aplikasi web.

3) Selepas tuliskan <!DOCTYPE html>, tuliskan pula <html> dan </html>.

4) Susunan coding untuk bahasa HTML mestilah ada pembuka tag dan penutup tag.

5) Selepas itu kita tuliskan <head> dan </head>. Kemudian <body> dan <body>

6) Kita bina dulu rangka website ini. <head> biasa nya merujuk kepada tajuk website kita.

7) Manakala <body> pula merujuk kepada isi kandungan website.

8)Di dalam ruangan <body> dan </body> ini lah kita akan letakkan headline, paragraph, link website dan sebagainya. Ini akan ditunjukkan nanti dalam tutorial yang lain.

9) Ok korang nak letak tajuk website korang nama apa?

10) Untuk letakkan nama website korang cuma perlu tambah tag <title> dan </title> sahaja pada ruangan <head>

11) Contoh dalam video ni saya letakkan nama wesbite sebagai ‘Coding Tutorial’ dan saya tuliskan ini di antara <title> dan </title>.

12) Ok, kita cuba save dulu.

13) Save kan dahulu file notepad kita sebagai fail .html

14) Contohnya save kan file notepad sebagai ‘coding1.html’

15) Kita lihat hasilnya nanti di PART 2.

Sekian.




Comments

Popular posts from this blog

Berapa Gaji Kena Cukai (Income Tax)?

How It Starts? (English)