Berapa Gaji Kena Cukai (Income Tax)?
Salam, Mungkin ada di antara anda tertanya-tanya berapa kah tangga gaji yang diwajibkan untuk membayar cukai ke LHDN. Adakah seorang fresh graduate yang bergaji RM 2,000 akan dikenakan cukai atau 'income tax' ini? Berdasarkan maklumat terbaru dari laman web LHDN, berkuatkuasa tahun 2015 seseorang individu yang mempunyai gaji tahunan sebanyak RM 34,000 dan ke atas (setelah ditolak EPF) perlu memfailkan fail cukai pendapatan ke LHDN. Jom kita kira.. RM 34,000 setahun bersamaan ( RM 2,834 x 12 bulan) Jadi adakah jika anda bergaji bulanan RM2,834 akan dikenakan cukai? Jawapannya TIDAK. RM 2,834 adalah gaji bersih setelah ditolak EPF. RM 3,184 adalah gaji pokok minimum yang akan dikenakan cukai pendapatan. Gaji pokok = RM 3,184.00 Tolakan EPF (11%) = (RM 350.24) Gaji Bersih = RM 2,833.76 RM 2,833.76 x 12 bulan = RM 34,005.12 Jadi ...